Saturday, 3 December 2011

pesan dari sahabat baik ku :)

Bagi aku cinta adalah kawan sejati. .
Orang yg mencintaimu meskipun telah mengenalimu dengan sebenar2nya iaitu baik dan buruk mu.Setiap saat yg kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sesebuah kehidupan.Tanpa kejujuran hidup sentiasa meSetiap jadi mainan orang,oleh itu jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya,kerana keelokan parasnya dapat menyesatkan mu.Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaannya dapat hilang dalam sekelip mata. .Tapi tertariklah kepada seseorang yang dapat membuat mu tersenyum,kerana hanya dengan senyuman,dapat membuatkan hari-hari yang gelap menjadi cerah.
Setiap kesusahan itu,pasti akan ada kesenangan,setiap kedukaan itu pasti pengakhirannya kebahagian InsyaAllah,seperti durian,luarannya berduri tetapi isinya lembut dan lemak,seperti Manggis,pahit kulitnya tetapi manis dan cantik isinya,dan bunga mawar. .berduri pada  batang tetapi hasilnya bunga yang cantik dan harum baunya.
Dan seseorang hadir dan telah menjadi sebahagian dari hidup kamu,tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa melangkah pergi,janganlah kau bersedih. .terimalah kenyataan itu dan berbahagialah, kerana sekurang-kurangnya dia pernah membuat kau tersenyum. . .
Tetapi apabila ada yang datang janganlah lepaskan dia pergi. . .terimalah dia seadannya,dan jika esok dia masih singgah untuk mengetuk pintu hati mu. .janganlah terlampau berharap kerana dia belum pasti menjadi orang yang tercipta untuk mu,atau kau bukan orang yang tercipta dari tulang rusuknya. .

p/s:ini pesan dari rakan baik saya,'aku'=kawanbaik.


No comments:

Post a Comment