Kata-kata manis jadi perhiasan,
Masih kabur tentang keikhlasan,
Tapi mungkin ia hanya satu lakonan,
Bagi kita cinta adalah segala-galanya,
Biarpun tidak setuju tentang ini,
Hati kecil yang dalam bersuara,
Ya,cinta adalah segalanya.
Tanpa cinta,tiada kita,
Kerana cinta terlahirlah aku,
Wujudnya juga kamu,dan kamu semua,
Tanpa cinta,tidak mungkin kita membesar sebaik ini.
Cinta,ada juga fobia,
Mendengarnya sahaja bisa mual,
Ada juga yang ketakutan,
Takut jika hati yang lemah di lukai,
Dihiris tanpa belas.
Ada juga menganggap,
Cinta pembunuh segalanya,
Perosak hubungan sesama manusia,
Tanpa sedar,
Mereka juga mengalaminya.
Kerana kamu,kamu dan kamu,
Adalah manusia,
Yang sudah menjadi lumrah untuk mempunyai perasaan itu,
Jatuh cinta,ingin dicintai dan juga mengharap,
agar cinta berbalas.
Itu cinta pada kekasih.
Jika terjerumus dengan perasaan cinta,
Segalanya mampu diharungi,
Biar pahit ditelan jua,
Asal mampu membahagiakan dia yang berada disisi,
Tanpa sedar,
Kau abaikan orang sekeliling,
Ya,benar kata orang cinta itu buta.
Tidakkah kau lihat?
Rakan karibmu terluka?
Tidakkah kau dengar esakan ibumu meminta kau bertimbang rasa?
Tidakkah kau dengar helaan nafas bapamu mengeluh?
kerana anaknya kini menjadi buta kerana cinta sesama manusia,
Yang belum halal disisi mu.
Dan tidakkah kau sedar,
Allah sedang memerhatikan mu?
Melihat tindak tanduk mu?
Menguji kehidupan mu?
Dan mungkin Dia akan mengambil rasa cinta mu terhadap si dia itu,
Kerana kau lalai dan alpa.
Biarlah cinta sesama manusia itu indah,
Tetapi tidak bisa melawan,
Akan istimewanya cinta,
Jika kita mencintai Allah lebih dari segalanya,
Jika kau jatuh cinta,
Niatlah didalam hatimu,
Aku cintai dia kerana Allah,
Dan jangan kau taksub dengan perasaan jiwa,
Bercintalah menggunakan hati,
Tapi jangan kau lupa bawa sekali akalmu,
Jangan kau beri sepenuh hatimu kepadanya,
Jangan kau serahkan segalanya untuknya,
Dan jangan kau korbankan milikmu untuknya.
Kerana mungkin bukan dia jodohmu.
Cinta sesama manusia,
Mungkin mendatangkan kebahagiaan,
Tapi diselang selikan dengan duka dan air mata,
Tidak seperti cinta kepada Allah,
Kerana Allah sudah menjanjikan yang terbaik untuk hamba yang benar2 ikhlas mncintaiNya,
Kita perlu percaya itu.
Hanya Dia yang menentukan takdir kita.Bukan muanusia.
![]() |
| aku bukan nak tunjuk budak2 ni,tp nak tunjuk keindahan alam yang Allah cipta,sunset :) |
NotaKaki:ok memang serious berterabur,lari konsep topic,ilham dtg sendiri tanpa saya kerah,ada yg xsuka?maaf sangat2.Kalau bahasa xelok pon maaf sangat2. .ejaan tak betul lg saya minta maaf ,peace no mad :)
saya dapat chocolate dr encik boyfiee,so happy gilerrr -,- .kbye.

No comments:
Post a Comment