Bertahun berpisah bertahun membenci,
Saat takdir mengubah segalanya,
Tanpa dirancang kita bertemu lagi,
Dalam keadaan hati sama-sama terluka.
Aku menjadi hamba cinta,
Segala musnah tanpa diduga,
Saat segalanya ku lihat kelam,
Kau hadir membawa pelita.
Kau ubat lukaku,
Kau yakinkan diri ku,
Hingga tanpa ku sedar,
Rasa sayang yang dulu muncul tanpa dipaksa.
Aku keliru,
Rasa serba tidak kena,
Mula tertanya-tanya ,
Haruskah perasaan ini ada untuk mu,
Kau mula tahu isi hati ku,
Tapi masing-masing memilih haluan sendiri,
Aku berusaha mencintai org lain,
Kau pula berusaha menyayangi dia.
Tetapi aku tidak bisa menipu,
Hati aku tidak boleh dipaksa,
Kerana aku ada sekeping hati,
Dan telah aku serahkan pada mu.
Selepas beberapa ketika kita bersama,
Hati ini makin kuat menyayangi mu,
Percayalah aku cuba menghindar dari mu,
Malah terpaksa melukakan hati mu.
Tapi semua itu tidak berjaya,
Akhirnya aku redha,
Aku ikut haluan takdir ku,
Aku bahagiakan diri mu dan mengembirakan hatiku.
Dan apabila saatnya tiba,
Kau mahu mulakan hidup baru,
Kau mahukan aku sebagai teman mu,
Pembakar semangat mu,
Saat itu hati aku berasa terharu,
Tanpa diduga air mata gembira jatuh menitis ke bumi,
Betapa aku benar-benar bahagia,
Akhirnya kesabaran aku berbalas.
Kau yang banyak membahagiakan aku,
Hati kecil tidak berhenti mengucap syukur,
Akan aku cuba bahagiakan mu,
Tepati segala kata-kata ku,
Kau bukan segalanya,
Tapi kau tetap teristimewa...
![]() |
| eh,siapa ni??? >.< |
NotaKaki:Kau yg di maksudkan,ex saya,and now dia teman istimewa saya,siapa kata xboleh bercinta dgn ex sendiri?kalau dah jodoh xkemana ye dop???kahkah,Alhamdullilah,hubungan kami okay smp sekarang,saling memahami tu penting*tiba2 jd dr.love*

No comments:
Post a Comment