Tuesday, 10 January 2012

bertabur.....

Kadang-kadang cinta tidak seindah sebutan,
Kata-kata manis jadi perhiasan,
Masih kabur tentang keikhlasan,
Tapi mungkin ia hanya satu lakonan,

Bagi kita cinta adalah segala-galanya,
Biarpun tidak setuju tentang ini,
Hati kecil yang dalam bersuara,
Ya,cinta adalah segalanya.

Tanpa cinta,tiada kita,
Kerana cinta terlahirlah aku,
Wujudnya juga kamu,dan kamu semua,
Tanpa cinta,tidak mungkin kita membesar sebaik ini.

Cinta,ada juga fobia,
Mendengarnya sahaja bisa mual,
Ada juga yang ketakutan,
Takut jika hati yang lemah di lukai,
Dihiris tanpa belas.

Ada juga menganggap,
Cinta pembunuh segalanya,
Perosak hubungan sesama manusia,
Tanpa sedar,
Mereka juga mengalaminya.

Kerana kamu,kamu dan kamu,
Adalah manusia,
Yang sudah menjadi lumrah untuk mempunyai perasaan itu,
Jatuh cinta,ingin dicintai dan juga mengharap,
agar cinta berbalas.
Itu cinta pada kekasih.

Jika terjerumus dengan perasaan cinta,
Segalanya mampu diharungi,
Biar pahit ditelan jua,
Asal mampu membahagiakan dia yang berada disisi,
Tanpa sedar,
Kau abaikan orang sekeliling,
Ya,benar kata orang cinta itu buta.

Tidakkah kau lihat?
Rakan karibmu terluka?
Tidakkah kau dengar esakan ibumu meminta kau bertimbang rasa?
Tidakkah kau dengar helaan nafas bapamu mengeluh?
kerana anaknya kini menjadi buta kerana cinta sesama manusia,
Yang belum halal disisi mu.

Dan tidakkah kau sedar,
Allah sedang memerhatikan mu?
Melihat tindak tanduk mu?
Menguji kehidupan mu?
Dan mungkin Dia akan mengambil rasa cinta mu terhadap si dia itu,
Kerana kau lalai dan alpa.

Biarlah cinta sesama manusia itu indah,
Tetapi tidak bisa melawan,
Akan istimewanya cinta,
Jika kita mencintai Allah lebih dari segalanya,

Jika kau jatuh cinta,
Niatlah didalam hatimu,
Aku cintai dia kerana Allah,
Dan jangan kau taksub dengan perasaan jiwa,
Bercintalah menggunakan hati,
Tapi jangan kau lupa bawa sekali akalmu,

Jangan kau beri sepenuh hatimu kepadanya,
Jangan kau serahkan segalanya untuknya,
Dan jangan kau korbankan milikmu untuknya.
Kerana mungkin bukan dia jodohmu.

Cinta sesama manusia,
Mungkin mendatangkan kebahagiaan,
Tapi diselang selikan dengan duka dan air mata,
Tidak seperti cinta kepada Allah,
Kerana Allah sudah menjanjikan yang terbaik untuk hamba yang benar2 ikhlas mncintaiNya,
Kita perlu percaya itu.

Hanya Dia yang menentukan takdir kita.Bukan muanusia.

aku bukan nak tunjuk budak2 ni,tp nak tunjuk keindahan alam yang Allah cipta,sunset :)
 
NotaKaki:ok memang serious berterabur,lari konsep  topic,ilham dtg sendiri tanpa saya kerah,ada yg xsuka?maaf sangat2.Kalau bahasa xelok pon maaf sangat2. .ejaan tak betul lg saya minta maaf ,peace no mad :)

saya dapat chocolate dr encik boyfiee,so happy gilerrr -,- .kbye.




Friday, 6 January 2012

Dia bukan segalanya,tapi. . .



Bertahun berpisah bertahun membenci,
Saat takdir mengubah segalanya,
Tanpa dirancang kita bertemu lagi,
Dalam keadaan hati sama-sama terluka.

Aku menjadi hamba cinta,
Segala musnah tanpa diduga,
Saat segalanya ku lihat kelam,
Kau hadir membawa pelita.

Kau ubat lukaku,
Kau yakinkan diri ku,
Hingga tanpa ku sedar,
Rasa sayang yang dulu muncul tanpa dipaksa.

Aku keliru,
Rasa serba tidak kena,
Mula tertanya-tanya ,
Haruskah perasaan ini ada untuk mu,

Kau mula tahu isi hati ku,
Tapi masing-masing memilih haluan sendiri,
Aku berusaha mencintai org lain,
Kau pula berusaha menyayangi dia.

Tetapi aku tidak bisa menipu,
Hati aku tidak boleh dipaksa,
Kerana aku ada sekeping hati,
Dan telah aku serahkan pada mu.

Selepas beberapa ketika kita bersama,
Hati ini makin kuat menyayangi mu,
Percayalah aku cuba menghindar dari mu,
Malah terpaksa melukakan hati mu.

Tapi semua itu tidak berjaya,
Akhirnya aku redha,
Aku ikut haluan takdir ku,
Aku bahagiakan diri mu dan mengembirakan hatiku.

Dan apabila saatnya tiba,
Kau mahu mulakan hidup baru,
Kau mahukan aku sebagai teman mu,
Pembakar semangat mu,

Saat itu hati aku berasa terharu,
Tanpa diduga air mata gembira jatuh menitis ke bumi,
Betapa aku benar-benar bahagia,
Akhirnya kesabaran aku berbalas.

Kau yang banyak membahagiakan aku,
Hati kecil tidak berhenti mengucap syukur,
Akan aku cuba bahagiakan mu,
Tepati segala kata-kata ku,

Kau bukan segalanya,
Tapi kau tetap teristimewa...


eh,siapa ni??? >.<
NotaKaki:Kau yg di maksudkan,ex saya,and now dia teman istimewa saya,siapa kata xboleh bercinta dgn ex sendiri?kalau dah jodoh xkemana ye dop???kahkah,Alhamdullilah,hubungan kami okay smp sekarang,saling memahami tu penting*tiba2 jd dr.love* 

Sunday, 18 December 2011

Terima kasih Buat. . . :)

Ucapan terima kasih ni untuk org2 yg penting dalam hidup saya,kiranya macam org yang berada dalam carta hati saya :)
#Terima Kasih Buat Mama. .
Mama,thanks sbb banyak berkorban untuk kakak,orang yang paling kakak sanjung,yang paling kakak hormat adalah mama,kakak kagum dan bangga sebab bertuah kerana dapat ibu seperti mama,mama sanggup lakukan apa saja untuk penuhi keinginan kakak n ajoi,mama bertarung nyawa melahirkan kakak,mama juga sanggup bertahan dengan perangai kakak yg agak keras kepala ni..Kalau org lain memang xlah kan??kakak jga bertuah sbb mama memahami kakak,mama slalu ckp "yelah,mama pon pernah muda remaja jugak"yeah. .so ade sstngah bnd tu kira mama bg restu lah :) hehe. .btw mama,kakak sygkan mama,walaupon kakak ni agk pndiam,xbnyk sgt ckp bila kat rumah,xbermakna kakak xsyg mama,insyaAllah slagi nyawa di kandung badan,kakak xkan abaikan mama. .satu hari nanti,bila kakak berjaya,kakak nak hanta mama ngn ayah pg Mekah,buat haji :) itu je cita2 kakak. . .ok mama,I LOVE YOU :*

#Terima Kasih Ayah. .
Ayah,knp ayah yg kedua??alaa sama je sebenarnya,tapi ehem bg lah chance kat mama jd yg pertama,ayh kan slalu mnang :) so bia lah mama merasa jadi yg pertama :)kehkeh. .ayah,terima kasih sbb sambut kakak untuk hidup di dunia ni,tanpa ayah,kakak xmungkin jd Fatihah Abdullah yg skang ni,terima kasih sbb jadi pembimbing ,ketua keluarga dan pelawak terhebat :p ,sgala perkara dan gerak geri ayah,kakak perhatikan,ya pada pendapat kakak ayah seorang lelaki yang hebat,sikap tanggungjawab dan adil itu xpernah hilang dalam diri ayah :) ayah jgk x lokek,bak kata ayah "ayah ni bab anak2 xberkira"so terima kasih sbb penuhi impian kakak dan ajoi,ayah sentiasa berusaha untuk membuat kami tersenyum :)ayah,ayah jangan risau,kakak berusaha untuk berjaya,kakak akan jaga ayah n mama nanti,xmungkin kakak akan tinggalkan orang yang membawa kakak melihat dunia ni,senyuman ayah dan mama lebih bermakna dari segala2nya. . .ok malunya nak ckp,hehe I LOVE YOU AYAH :*(ok,kalau ayah xtau ap maksud :*,nanti kakak bg tau)

#Terima Kasih Ajoi :p
ok,kau mesti bangga sbb nama kau ada dalam blog aku ni kan??haha,n yaa,thanks adik ku cos banyak tolong aku time ssh(kau slalu tlg cover line aku:p) ok xbermakna aku jahat k :),sbnrnya aku xangp kau adik aku,sbb yelah dari segi fizikalnya kau ni besar dr aku,maksud aku tinggi dari aku,muka pon ala abg2 je,so aku anggp kau cam abg aku lah,kau matang kan,serious(para pembaca,btul xtipu,adik saya ni berfikiran matang)tiap kali kalau aku msalah kau slalu bg nasihat,kau pon slalu bg kata semangat,kdg2 aku sndri pon xtau mana kau dapat ayat2 yang membakar smangat tuh =,=" ,haha,n thanks sbb slalu risaukan aku,sbnrny kau terlebih RISAU kan aku,setiap kali aku keluar mesti kau berpesan dulu ngn aku,haih sayang akk an??haha,(ok melampau)==" .erm aku nak tulis lebih2 pon xboleh sbb kau ni mulut luas,kang kau canang satu rumah ckp aku syg kau,memang sayang tapi malu nak ngaku :p terima kasih sbb jadi adik yang terbaik,walaupon kekadang aku nyampah ngn perangai kau yg annoying giler tu,tp still aku rasa bertuah sbb kita rapat,aku mintak maaf sbb ak pernah buat silap dulu smp kita terpaksa renggangkan hbngan adik bradik kita ni,mmg aku mngaku aku salah memilih dia. .tp ya,dah lepaskan,now kita happy balik,n aku nampak kau suka dgn perubahan skg,mana xsuka,ak slalu blanja kau makan =,=. .k lah adik kuh yg kacak(org ckp muka kiteorg photostat)tp aku cantiklah,bhahaha,ok gurau je :p ajoi I LOVE YOU. .

#Terima Kasih Kawan Baik :)
sebenarnya kawan baik saya ramai,masing2 ada kelebihan sendiri,so saya akan buat post yg lain tuk korang-korang k :) btw sapa yg terasa atau perasan yang dia tu best friends saya. .terima kasih banyak2 sbb sudi jadi kawan baik kpd Fatihah Abdullah yang sengal ni,jasa anda amat saya hargai :) susah saya,senang saya dengan korang je,so insyaAllah,persahabatan kita semua akan berpanjangan :) I LOVE YOU KORANG :) 
p/s:korang nak lepak,roger2 lah saya :)
#Terima Kasih Mr.Sexy :) awwww~ok mengedik jap =_="
tak ketinggalan Mr.sexy saya yang comel lagi cute,ok sama je sebenarnya.Erm,untuk awak Mr.Sexy,terima kasih sbb sentiasa ada dalam hidup saya,warnai hari2 saya dengan lawak2 awak tu,senyuman awak tu,kata2 awak tu n xlupa jgk suara 'tok abah' awak tu :) terbaikkkk!!huhu. .pejam celik dah tiga bulan kita sama2 :) awww~ baru 3 bulan weyh,jangan suka sangat :) haha,tp kalau nak ikut kan kita dah knal dr form 1 kan??eh lupa lah =,=". .whatever,haha,ok saya nak cakap yang saya sangat sayang kan awak,terima kasih sebab terima saya seadanya,layan saya dgn baik,n sabar ngn kerenah saya yang macam2 bentuk ni :) saya harap tahap kesabaran awak boleh berpanjangan :)hoho,xlah gurau je,saya cuba jadi yang terbaik untuk awak,FYI saya makin xcuriga ngn awak,saya tau awak sayang saya :) n awak dah pon buktikan,awak pon macam ayah saya,ada sifat tanggungjawab n boleh jadi pemimpin yg baik satu hari nnti :) kalau kita ada jodoh lah kan??ok,ckup dgn jodoh2 ni..kalau nak diberi kata putus awaklah pilihan hati saya,dan biarlah awak yg terakhir :) faham?ergg buat2 faham lah (xfahamtanya saya k.harapan saya cuma satu ngn awak,biarlah saya sentiasa ada dgn awak waktu awak susah atau senang. .saya xnak kehilangan awak buat kali ke tuuutt :) seboleh2 nya saya nak tunaikan janji saya :) kalau kita xda jodoh pon,saya pasrah,asalkan kita tetap kawan :) yeah meee. . .haha,akhir kata,Mr.Sexy,selagi awak xminta saya pergi dari hidup awak,selagi tu saya akan tetap di sisi awak,terus menyayangi awak,terus setia dengan awak,so xpayah nak cakap aku berubah ke ape ,tumbuk kang-,- . ok dah xde benda nak tulis sal awak,kang kalau lebih susah pulak nanti,sekali lagi terima kasih sebab hadir dalam hidup saya BALIK :D nak ckp "i love you" malu. . .haha,HACKS faham2lah sendiri :)


Nota Kaki:ucapan terima kasih ni ikhlas dari lubuk hati saya yang dalam,setiap org yg saya sebutkan ni mempunyai tmpat2 yng special dlm hati saya(hati saya ada bilik,so senang nak asingkan diorang ni semua) sbb diorang saya masih disini,berdiri atas kaki sendiri,n mengesat air mata sendiri :) Terima Kasih semua,insyaAllah post yg akan dtg untuk kawan2 baik saya pulak :D pastu untuk sepupu,makck pakcik semua,hahahaha (melampau=,=") main2 je k :) 

sapa2 yang baca :) terima kasih,ayat saya putar belit sikit tapi sorry k,saya bukan penipu :) Maaf kalau ada ayat yg xbetul, sekali lagi terima kasih sbb membaca :) lalalalalala :) muah :*

Saturday, 3 December 2011

pesan dari sahabat baik ku :)

Bagi aku cinta adalah kawan sejati. .
Orang yg mencintaimu meskipun telah mengenalimu dengan sebenar2nya iaitu baik dan buruk mu.Setiap saat yg kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sesebuah kehidupan.Tanpa kejujuran hidup sentiasa meSetiap jadi mainan orang,oleh itu jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya,kerana keelokan parasnya dapat menyesatkan mu.Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaannya dapat hilang dalam sekelip mata. .Tapi tertariklah kepada seseorang yang dapat membuat mu tersenyum,kerana hanya dengan senyuman,dapat membuatkan hari-hari yang gelap menjadi cerah.
Setiap kesusahan itu,pasti akan ada kesenangan,setiap kedukaan itu pasti pengakhirannya kebahagian InsyaAllah,seperti durian,luarannya berduri tetapi isinya lembut dan lemak,seperti Manggis,pahit kulitnya tetapi manis dan cantik isinya,dan bunga mawar. .berduri pada  batang tetapi hasilnya bunga yang cantik dan harum baunya.
Dan seseorang hadir dan telah menjadi sebahagian dari hidup kamu,tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa melangkah pergi,janganlah kau bersedih. .terimalah kenyataan itu dan berbahagialah, kerana sekurang-kurangnya dia pernah membuat kau tersenyum. . .
Tetapi apabila ada yang datang janganlah lepaskan dia pergi. . .terimalah dia seadannya,dan jika esok dia masih singgah untuk mengetuk pintu hati mu. .janganlah terlampau berharap kerana dia belum pasti menjadi orang yang tercipta untuk mu,atau kau bukan orang yang tercipta dari tulang rusuknya. .

p/s:ini pesan dari rakan baik saya,'aku'=kawanbaik.


Monday, 28 November 2011

Kekasih Gelap ???

tajuk lagu kumpulan Ungu -,- ,ye kekasih gelap atau skandal atau ap2 yg sewaktu dgnnya . .ramai yg pernah mengalaminya kan2?hmm,yaa pasti!!sbb inilah lumrah kehidupan,bila satu hari kita terpaksa jadi simpanan buat sementara -,- , tapi kalau boyfiee org tu ehem bolelah trima lagi,tapi jangan melampau sangat sampai tunang atau laki org plak di kebasnya!!sbb dorang dah ade ikatan . .hmm,jika kita selami betul2 hati perempuan yg menjadi kekasih gelap niii,kita sedar sebenarnya susah untuk jadi seperti mereka. .perempuan biasa mmg kuat,tetapi kekasih gelap,dia perlu jadi lebih kuat. .kenapa?kerana hatinya sering di lukai,kerana matanya sering mengeluarkan air mata,kerana dia tiada tempat untuk mngadu,kerana dia akan sentiasa tertanya2 di manakah lelaki yg dikasihinya berada,kerana dia sering resah dan gusar memikirkan jika dia tidak lagi diperlukan. .dan kerana dia tiada apa2 hak untuk menyuarakan betapa kecewanya dia bila melihat si lelaki dan kekasihnya bersama. hmm yaa,itulah yg patut mereka tanggung,mengapa xlepaskan sahaja dari terus menanggung derita??yang pasti jawapannya tetap sama "sebb aku terlampau sygkan dia" ,semestinya harapan si kekasih gelap ini tinggi,mahu bersama dengan si lelaki smp bila2 tapi tercapai ke harapan tu ?atau sekadar angan2 ?hmmm,si kekasih gelap ini sanggup menangis dalam diam,mahu di luahkan?pasti rasa malu kerana dia bercinta dengan kekasih org. .jalan penyelesaiannya hanyalah pendam. .dan. . pendam. .dan pendam. .sampai jadi pekasam-,- ,satu lagi risiko kekasih gelap nii,yaa semestinya dia perlu banyak bersabar,dan perlu berusaha memahami. .kerana si dia tu ade kekasih hati,jadi si dia juga perlu mnjaga hati kekasihnya,malah si dia juga akan berusaha menyayangi dan menjaga hati kekasih gelapnya. .
. .jika kita mencintai dua org dalam satu masa . .pilihlah yg kedua kerana jika kita benar2 mencintai yang pertama. .kita tak mungkin akan jatuh cinta untuk yg kedua. . .faham??kalau xfaham buat2 faham je :),yg penting jika benar kita tulus mncintai si dia yg mempunyai kekasih hati. .jgn cuba pisahkan mereka. . malah doakan yg terbaik,jika benar kita tiada jodoh dgn si lelaki tu,xmngapa. . .aslkan kita tau kita dah cuba yg terbaik untuk menawan hati dia :) inilah ciri2 kekasih gelap yg baik :p haha,xsetuju ?terpulanglah. . ini pendapat saya sendiriii :) 
sekian :D